Rabu, 12 Jun 2019 | 11:15am
Polis mengadakan sekatan di Felda Aring 10, Gua Musang bagi menghalang orang awam dan petugas memasuki perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang sejak jam 8 pagi tadi. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Polis mengadakan sekatan di Felda Aring 10, Gua Musang bagi menghalang orang awam dan petugas memasuki perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang sejak jam 8 pagi tadi. - NSTP/Syamsi Suhaimi

Polis halang orang awam, media masuk kampung Orang Asli

GUA MUSANG: Polis mengadakan sekatan di Felda Aring 10, Gua Musang bagi menghalang orang awam dan petugas media memasuki perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang sejak jam 8 pagi tadi.

Kira-kira 100 petugas media dan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli suku Batek di kampung itu terkandas.


Polis mengadakan sekatan di Felda Aring 10, Gua Musang bagi menghalang orang awam dan petugas memasuki perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang sejak jam 8 pagi tadi. - NSTP/Syamsi Suhaimi

Kementerian Kesihatan mengesahkan dua daripada 14 kematian yang membabitkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh dalam tempoh sebulan lalu berpunca daripada radang paru-paru, namun punca sebenar kematian akan diketahui dalam masa terdekat selepas ujian Serologi dan ‘polymerase chain reaction' (PCR) selesai dilakukan.

Masalah kesihatan yang melanda penempatan Orang Asli suku Batek itu menyaksikan seramai 99 penduduk dirawat dengan empat daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Berita Harian X