Rabu, 12 Jun 2019 | 11:21pm
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor. - NSTP/Syarafiq Abd Samad

Polis siasat kesahihan video dikaitkan dengan menteri

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan kes video yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata laporan polis mengenai perkara itu dibuat semalam.

“Kami sedang membuat siasatan (berhubung) kesahihan dan kebenaran video berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Hari ini, individu didakwa bersama lelaki mirip menteri dalam video berkenaan dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau terbabit dalam aksi itu.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz, lelaki itu mendakwa video berkenaan dirakam pada 11 Mei lalu di bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan klip video itu bagaimanapun menafikan pembabitannya dan menyifatkan itu sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

Berita Harian X