Rabu, 19 Jun 2019 | 2:21am

Pelajar KUIS keracunan makanan

SERDANG: Seramai 110 penuntut Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dikejarkan ke Hospital Serdang selepas muntah dan sakit perut dipercayai mengalami keracunan makanan.

Jurucakap KUIS berkata, semua penuntut membabitkan 90 wanita dan 20 lelaki itu menjalani program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah semester pertama kolej universiti berkenaan.

“Hari ini hari keempat penuntut terbabit menjalani program orientasi yang dijadualkan berlangsung selama seminggu di KUIS.

“Selepas solat Maghrib tadi, ramai mengadu sakit perut dan mula muntah-muntah menyebabkan pengurusan KUIS mengambil keputusan membawa mereka ke Hospital Serdang sekitar jam 8.30 malam tadi.

“Semua mereka dibawa ke hospital menaiki beberapa bas dan van KUIS,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Serdang.

Penuntut yang sakit menikmati makan malam nasi putih berlauk ayam masak kurma serta sayur sekitar jam 6.30 petang hingga 7 malam.

Katanya, kemungkinan makanan berkenaan menjadi punca keracunan makanan.

Beliau berkata, KUIS mengambil tempahan penyediaan makanan dari luar kampus untuk minggu orientasi berlangsung.

Semua penuntut terbabit dibenarkan pulang ke kampus selepas menerima rawatan.

ANTARA penuntut Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dikejarkan ke Hospital Serdang (HS) selepas muntah dan sakit perut dipercayai mengalami keracunan makanan. - Foto Aswadi Alias

Berita Harian X