Sabtu, 29 Jun 2019 | 10:19pm
Keadaan sebuah pesawat ringan jenis glider yang terhempas di kawasan Purun, berhampiran Titi, petang tadi. - Ihsan Bomba
Tiada mangsa yang ditemui, tetapi berdasarkan maklumat awam, terdapat dua mangsa cedera. - Ihsan Bomba

Pesawat glider terhempas

JELEBU: Sebuah pesawat ringan jenis glider terhempas di kawasan Purun, berhampiran Titi di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan di lokasi kejadian menemui bangkai pesawat di kawasan itu.

"Tiada mangsa yang ditemui, tetapi berdasarkan maklumat awam, terdapat dua mangsa cedera dalam kejadian itu.

“Semakan di Hospital Jelebu mendapati tiada mangsa berkaitan kejadian dan usaha mengesan sedang diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berita Harian X