Khamis, 4 Julai 2019 | 10:18am

Polis cari saksi kemalangan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan saksi kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 16.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Subang menghala ke Damansara, pada 17 Mei lalu.

Mangsa, Zakaria Jaamat dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

Lelaki berusia 55 tahun itu disahkan maut akibat pendarahan di kepala kira-kira jam 9.30 malam, 30 Jun lalu.

Kes itu diklasifikasi semula dan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 berikutan perkembangan baharu membabitkan kematian penunggang berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan saksi, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Petaling Jaya, Mohd Nazreen Nasharuddin di talian 010-2105101.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X