Jumaat, 19 Julai 2019 | 7:39pm
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad. -NSTP/Saddam Yusoff

4 pegawai kanan PDRM bertukar jawatan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan empat pegawai kanannya berkuatkuasa pada 19 Ogos depan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran membabitkan Deputi Superintendan (DSP) Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DSP Hasnir Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua JSJN Kontinjen Sarawak dengan memangku pangkat Superintendan (SUPT).

Katanya, Ketua Polis Daerah Dalat, Sarawak, DSP Roslan Leman pula akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Lawas Sarawak.

“Kekosongan yang ditinggalkan Roslan akan diisi oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah, DSP N Parum.

“Ketua Unit Risikan Zon II JSJN Bukit Aman, DSP Mohd Zati Hamid ditukar sebagai Ketua JSJN Kontinjen Perlis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

922 dibaca
Berita Harian X