Sabtu, 20 Julai 2019 | 12:46am

6 anggota polis ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Enam anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 PATI,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran kes itu. – BERNAMA

Berita Harian X