Isnin, 5 Ogos 2019 | 11:23am
Sebahagian dadah yang dirampas dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan JSJN Sarawak. - Ihsan PDRM
Operasi Ice Breaker dijalankan di seluruh Sarawak bermula 29 Julai hingga 4 Ogos. - Ihsan PDRM

Operasi Ice Breaker Sarawak tahan 561 individu

KUCHING: Seramai 561 individu ditahan menerusi Operasi Ice Breaker dilakukan polis Sarawak di seluruh negeri itu sejak 29 Julai lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif, berkata mereka terdiri daripada 532 lelaki dan 29 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Serbuan turut merampas 250.47 gram syabu dan ganja serta 4,327 pil nospan yang semuanya bernilai RM39,163.

“Polis juga menyita dua kereta iaitu Perodua Myvi dan Proton Saga membabitkan nilai RM35,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi secara besar-besaran berkenaan dilancarkan secara serentak di seluruh negara bagi mengekang kawasan yang dikenal pasti sarang penagih dan pengedar.

“JSJN sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha memantau, mengesan dan mengekang aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah,” katanya.

211 dibaca
Berita Harian X