Selasa, 6 Ogos 2019 | 11:21pm

Polis tahan bekas guru agama didakwa cabul pelajar

PENAMPANG: Seorang bekas guru agama diberkas selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah madrasah di Putatan dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Dalam laporannya itu, pelajar tingkatan empat itu mendakwa disentuh di bahagian kemaluan oleh suspek pada jam 1.30 pagi, Ahad lalu.

“Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam rumah ibadat sebelum suspek tiba-tiba meraba bahagian kemaluan mangsa.

“Mangsa yang terjaga terus melarikan diri. Mangsa hanya membuat laporan polis pagi tadi kerana merasa malu dan takut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Haris berkata suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

2640 dibaca
Berita Harian X