Sabtu, 10 Ogos 2019 | 9:57am

Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan ribut di beberapa negeri di kawasan utara Semenanjung berpunca daripada taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon, berkata berlaku fenomena garis badai kesan tiupan angin susulan taufan itu di selatan Thailand yang kemudiannya melanda di utara Semenanjung.

“Garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca daripada ribut tropika berlaku di timur China.

“Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini bergerak dari barat laut ke arah tenggara dan melanda beberapa kawasan di Kedah termasuk Langkawi.

“Kelajuan angin dicatatkan kira-kira 100 kilometer sejam (kmsj),” katanya pada BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, MetMalaysia yakin tidak berlaku gelombang kedua kerana secara kebiasaan ribut akibat taufan Lekima berlaku sekali sahaja.

Berita Harian X