Isnin, 19 Ogos 2019 | 11:41am
Kenderaan MPV Nissan Grand Livina yang terbabit dalam.kemalangan dengan sebuah motosikal di susur keluar Jitra/Malau, Jitra. - Foto ihsan PDRM

Remaja maut motosikal rempuh kereta

JITRA: Seorang remaja lelaki maut, manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh sebuah kereta di susur keluar Jalan Jitra-Malau di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Muhamad Shahrizal Shafek Mohd, 16, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jitra akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mangsa yang menetap di Jalan Changlun itu dikatakan bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala rakannya, Muhammad Amin Yusri, 20, tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian motosikal ditunggangi mangsa berada di laluan lurus, sebelum mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapannya yang hendak membelok ke kanan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan berlaku perlanggaran pada pintu sebelah kanan kenderaan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal itu jatuh di atas jalan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan, namun penunggangnya meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan di wad kecemasan.

“Bagaimanapun pemandu kereta berusia 36 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat Muhamad Shahrizal kemudian dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat, sebelum dituntut keluarganya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X