Selasa, 20 Ogos 2019 | 6:09pm
ANGGOTA Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu. - Foto BERNAMA

Kebakaran korbankan 3 beranak: Bomba masih siasat

KUALA LUMPUR: Bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran yang mengorbankan tiga beranak di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, dekat Slim River, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Negeri Selangor, Norizham Mohd Nudin, berkata sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kebakaran itu. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Ketika operasi pemadaman dijalankan, anggota bomba menemui tiga mayat mangsa dalam keadaan terbakar sepenuhnya di bilik pertama rumah itu.

Ketiga-tiga mayat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Berita Harian X