Jumaat, 23 Ogos 2019 | 3:09pm
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. - Foto BERNAMA

Op Blue Devil: Superintendan antara 112 polis ditahan

NILAI: Superintendan ialah antara 112 pegawai dan anggota polis yang ditahan, setakat ini, kerana positif dadah melalui Op Blue Devil yang dijalankan sejak 13 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pegawai terbabit masih ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kita akan meneruskan operasi ini bagi memastikan tiada lagi pegawai dan anggota terbabit dadah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan tempat untuk penagih dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik Kastam, Kampung Jijan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Paddy Abdul Halim.

Ditanya sama ada syabu masih didapati menjadi dadah pilihan berdasarkan hasil operasi dijalankan, beliau mengakui perkara itu.

PDRM melaksanakan Op Blue Devil bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai mahupun anggotanya.

569 dibaca
Berita Harian X