Ahad, 1 September 2019 | 11:12am
ZAINOL Abdullah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta yang diletak di bahu jalan Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat Ulu Pauh, malam tadi. - Foto ihsan polis
ZAINOL Abdullah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta yang diletak di bahu jalan Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat Ulu Pauh, malam tadi. - Foto ihsan polis

Maut rempuh kereta di bahu jalan

ARAU: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta yang diletak di bahu jalan Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat Ulu Pauh, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zainol Abdullah, 72, berasal dari Kampung Baru, Ulu Pauh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dipercayai tidak menyedari kereta jenis Perodua Viva yang diletak di tepi jalan.

“Ketika kejadian, keadaan jalan adalah gelap dan dipercayai mangsa tidak perasan kereta yang diparkir sebelum merempuh dari belakang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala mayat dibawa ke Unit Forensik HTF untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X