Selasa, 3 September 2019 | 9:32am
DUA rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 9.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), malam tadi. - Foto ihsan bomba

2 rentung nahas lori, kereta

KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai anak-beranak rentung dalam nahas membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 9.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.42 malam.

Susulan itu, katanya, jentera dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya serta Rawang dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Setiba di tempat kejadian, beliau berkata, anggota mendapati nahas membabitkan sebuah kereta jenis Proton dan lori dengan kedua-dua kenderaan itu terbakar.


DUA rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 9.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), malam tadi. - Foto ihsan bomba

“Ada empat mangsa dipercayai sekeluarga di dalam kereta terbabit. Dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta tidak dapat diselamatkan dan rentung di dalam kenderaan itu.

“Dua lagi mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai kejadian dan identiti mangsa kemalangan itu belum diperoleh.

Laporan lanjut menyusul.


DUA rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 9.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), malam tadi. - Foto ihsan bomba

Berita Harian X