Rabu, 4 September 2019 | 8:09am
JEREBU kembali melanda Kuching pada pagi ini, dipercayai kesan jerebu tebal yang melanda wilayah Kalimantan Barat sejak beberapa hari lalu. - Foto Mohd Roji Kawi

Jerebu kembali melanda

KUCHING: Jerebu kembali melanda bandar raya ini dipercayai kesan jerebu tebal yang melanda wilayah Kalimantan Barat sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan mendapati keadaan berjerebu jelas kelihatan seawal jam 6 pagi tadi, namun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih berada pada tahap sederhana setakat jam 7 pagi.

Difahamkan, jerebu tebal melanda sebahagian besar wilayah Kalimantan Barat, termasuk penempatan berdekatan sempadan, antara lain Sintang, Sambas dan Singkawang.

Keadaan itu berlaku susulan jumlah kawasan tompok panas semakin meningkat di wilayah berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Pagi ini, lebih 20 tompok panas dikesan di Kalimantan Barat dengan sebahagian besar berlaku berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia.

Sementara itu, larangan pembakaran terbuka terus dikuatkuasakan di Sarawak berikutan cuaca panas dijangka berlarutan hingga bulan depan.

Pemantauan rapi turut dilaksanakan di kawasan hutan mudah terbakar, terutama di Kuala Baram, Miri, yang menyumbang keadaan jerebu teruk di utara Sarawak pada bulan lalu apabila IPU mencapai tahap berbahaya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X