Rabu, 4 September 2019 | 12:53pm

Tragedi gimik: Mejar berlakon pengganas maut ditembak

KOTA KINABALU: Acara pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Lok Kawi, pagi tadi, bertukar tragedi apabila seorang pegawai terbabit gimik demonstrasi keupayaan maut terkena tembakan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila mangsa, Mejar Zahir Armaya A R Badul, berlakon sebagai pengganas sambil memakai baju kalis peluru dan ditembak.

Bagaimanapun, tembakan itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah sebelum diberi bantuan kecemasan oleh anggota tentera lain dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Difahamkan, mangsa adalah anak kepada pelakon dan pelawak terkenal tanah air, AR Badul.

Sementara itu, mangsa difahamkan tiba di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 9.20 pagi tadi.

MEJAR Zahir Armaya A R Badul.
MEJAR Zahir Armaya A R Badul.
Berita Harian X