Rabu, 4 September 2019 | 8:37pm
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibawa ke Kem Lok Kawi untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam ini. - NSTP/Edmund Samunting

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir dibawa pulang ke Perak malam ini

KOTA KINABALU: Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya AR Badul, akan dibawa pulang ke kampung halaman isterinya, di Perak, malam ini.

Van membawa jenazah Mohd Zahir keluar dari perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Unit Forensik Patologi, Hospital Queen Elizabeth, di sini, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Jenazah dibawa ke Masjid As Salam Kem Lok Kawi untuk solat jenazah, sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam ini.

Difahamkan jenazah akan diterbangkan ke Kuala Lumpur pada jam 9.25 malam.

Difahamkan, jenazah Mohd Zahir dijangka tiba di rumah ibu mentuanya di Taman Perpaduan, Ipoh, jam 4 pagi esok dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas solat Subuh.

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibawa ke Kem Lok Kawi untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam ini. - Foto Edmund Samunting

Pekerja menggali lubang kubur untuk istiadat pengebumian Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang dijangka dikebumikan selepas solat Subuh di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya
Pekerja menggali lubang kubur untuk istiadat pengebumian Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang dijangka dikebumikan selepas solat Subuh di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

Tinjauan BH di tanah perkuburan di Ipoh mendapati pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang membuat persiapan untuk majlis pengebumian dengan memasang beberapa khemah serta lampu.

Sementara itu, Kerajaan Sabah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Zahir atas pemergiannya ketika melaksanakan latihan demonstrasi Pelancaran Divisyen Ke-5 dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berharap semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan sabar atas berita duka ini.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi kenyataannya di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X