Ahad, 8 September 2019 | 10:38pm
ANGGOTA APM Padang Terap menangkap seekor ular tedung selar di Kampung Kuala Janing. - Foto ihsan APM
ANGGOTA APM Padang Terap menangkap seekor ular tedung selar di Kampung Kuala Janing. - Foto ihsan APM

Wanita mahu ambil wuduk nyaris dipatuk ular

PADANG TERAP: Seorang wanita nyaris dipatuk ular tedung selar ketika mahu mengambil wuduk di luar rumahnya di Kampung Kuala Janing, di sini, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam memaklumkan ada ular tedung selar bersembunyi di bawah timbunan papan.

“Susulan itu, sepasukan anggota diketuai Leftenan Muda (PA) Nurul Nadya Yahya bersama empat anggota tiba di lokasi pada jam 7.50 malam untuk menangkap ular berkenaan.

“Anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengesan dan menangkap ular itu yang agresif,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, panjang ular berkenaan dianggarkan kira-kira empat meter dengan berat sekitar lapan kilogram.

Reptilia itu kemudian dibawa ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap untuk disimpan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Berita Harian X