Ahad, 22 September 2019 | 2:33pm
TIMBALAN Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Kenyataan palsu berniat jahat, fitnah terhadap saya - Salahuddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya bangsa Cina harus diberi peluang mentadbir negara.

Sebaliknya, Salahuddin berkata, kenyataan palsu yang tular dalam media sosial itu berniat jahat dan bersifat fitnah.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbabit. Kenyataan itu berniat jahat dan fitnah terhadap saya.

“Pada 2017, saya cuma menyatakan bahawa Melayu Singapura muncul cemerlang dalam pelbagai sektor utama, selain mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob dipilih sebagai orang Melayu kedua menjadi Presiden Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Salahuddin berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah berkenaan.

Beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

Berita Harian X