Sabtu, 12 Oktober 2019 | 7:55pm
Foto hiasan.

5 ditahan dipercayai ada kaitan dengan LTTE

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu kerana dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), hari ini.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman di beberapa negeri termasuk Melaka dan Selangor.

Difahamkan tangkapan dibuat selepas polis percaya mereka terbabit menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Satu sidang media akan dibuat esok di Bukit Aman berhubung penangkapan itu.

Khamis lalu, BH melaporkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata operasi khas dilancarkan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Perak bermula jam 9 pagi hingga jam 2 petang semalam.

"Kedua-dua ADUN terbabit dikesan menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun lalu dan memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas terbabit, selain turut mengedarkan risalah berkaitan kumpulan itu," katanya.

Berita Harian X