Rabu, 27 November 2019 | 9:20pm
BUAYA yang menyerang mangsa dibunuh pekerja ladang kelapa sawit pada hari kejadian. - Foto ihsan PDRM
BUAYA yang menyerang mangsa dibunuh pekerja ladang kelapa sawit pada hari kejadian. - Foto ihsan PDRM

Pekerja ladang putus badan dibaham buaya

MIRI: Pekerja Indonesia berusia 37 tahun putus badan dan hilang tangan serta kaki selepas dibaham buaya ketika mengutip kangkung di parit Ladang Tanjung Payung Tradewinds Plantation, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu, kelmarin.

Separuh badan mangsa, Asbullah Daeng Situju, dibaham buaya sekitar jam 11.57 dan dijumpai pekerja ladang itu yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sejurus menyedari kejadian itu.

Pekerja ladang menjumpai bahagian keratan tangan kanan dan punggung mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian berdekatan Sungai Telong.

Jurucakap polis Batu Niah berkata pekerja ladang itu mencari mangsa yang hilang menggunakan jentera pengorek.

“Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayatnya sudah dihantar ke Miri untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, reptilia yang menyerang mangsa juga sudah dibunuh pekerja ladang kelapa sawit pada hari kejadian.

Berita Harian X