Khamis, 5 Disember 2019 | 10:02am
MAYAT Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli yang dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam Sungai Lipis dekat Kampung Penjom, Lipis, Isnin lalu, ditemui terapung kira-kira empat Kilometer dari tempat kejadian di bawa ke ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. - Foto ihsan PDRM

Mayat kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas ditemui

KUANTAN: Mayat kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam Sungai Lipis dekat Kampung Penjom, Lipis, Isnin lalu, ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mayat Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli, 6 ditemui terapung kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian pada jam 8.04 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai 42 pegawai dan anggota termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bermula pada 8 pagi ini selepas ditangguhkan pada jam 7 malam tadi.

“Hasil pencarian, kita menemui mayat kanak-kanak terbabit kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dipercayai tergelincir.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, Isnin lalu, Nur Dhiya Aqilah dikatakan terjatuh sebelum hilang dihanyutkan arus.

Berikutan itu, JBPM Pahang yang menerima panggilan kejadian itu pada 10.20 pagi dan menggerakkan operasi mengesan kanak-kanak berkenaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X