Sabtu, 7 Disember 2019 | 9:43am
Polis minta bantuan saksi satu kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di KM29.8 arah ke ibu negara, awal pagi kelmarin supaya tampil membantu siasatan.
Polis minta bantuan saksi satu kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di KM29.8 arah ke ibu negara, awal pagi kelmarin supaya tampil membantu siasatan.

Polis minta bantuan saksi satu kemalangan maut

KUALA LUMPUR: Polis meminta saksi satu kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 29.8 Lebuhraya Persekutuan arah ke ibu negara, kelmarin, tampil membantu siasatan.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu, penunggang motosikal yang juga pekerja kedai makan, Mohd Ifwat Syafiq Jumat, 22, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang menunggang Honda Icon berada di lorong paling kanan dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah Honda CRV dipandu seorang lelaki.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu pada mulanya berada di lorong kedua, sebelum mengubah laluan ke lorong paling kanan untuk memotong kenderaan di hadapannya sebelum terlanggar belakang motosikal mangsa.

Polis minta bantuan saksi satu kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di KM29.8 arah ke ibu negara, awal pagi kelmarin supaya tampil membantu siasatan.
Polis minta bantuan saksi satu kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di KM29.8 arah ke ibu negara, awal pagi kelmarin supaya tampil membantu siasatan.

Pemandu SUV berusia 37 tahun itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun penunggang motosikal disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, pihak polis kini mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan dan mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820.

Berita Harian X