X
Khamis, 12 Disember 2019 | 12:01am
BOT milik APMM melakukan pencarian di lokasi pencarian dua beradik yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Kuala Sala. - Foto Ihsan Apmm
BOT milik APMM melakukan pencarian di lokasi pencarian dua beradik yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Kuala Sala. - Foto Ihsan Apmm

Dua beradik ditemui lemas

YAN: Dua beradik yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ketika menangkap ikan di perairan Kuala Sala, di sini ditemui lemas petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, berkata mayat Ng Goh Xian, 44, dan Ng Goh Tong, 34, dijumpai terapung pada jam 2.45 petang oleh nelayan yang menangkap ikan.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira 15 batu nautika dari lokasi terakhir bot itu dilihat.

“Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keempat hari ini membabitkan pelbagai agensi antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia.

“Operasi mencari dan menyelamat yang ditamatkan pada jam 7 malam turut membabitkan 20 nelayan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahamad Faizal berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dua beradik berkenaan keluar menangkap ikan pada jam 9 pagi dengan menaiki sebuah bot.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi ahli keluarga.

Ekoran itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sejak Ahad lalu membabitkan pelbagai agensi.

Berita Harian X