Khamis, 12 Disember 2019 | 9:48am
Seramai 58 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuching dan Bau, apabila kediaman mereka dinaiki air malam tadi. - Foto ihsan Bomba
Seramai 58 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuching dan Bau, apabila kediaman mereka dinaiki air malam tadi. - Foto ihsan Bomba

58 mangsa banjir di Kuching, Bau dipindahkan ke PPS

KUCHING: Seramai 58 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuching dan Bau selepas kediaman mereka dinaiki air, semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata dua PPS itu dibuka sejak jam 8 malam tadi.

Beliau berkata, hujan lebat sejak tengah hari semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah Kuching dan Bau ditenggelami air.

“Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah PPS masih kekal dua, iaitu di Dewan Masyarakat Stapok, Kuching, yang menempatkan 46 mangsa (sembilan keluarga) dan di Balai Raya Kampung Jugan, Bau, membabitkan 12 mangsa (empat keluarga),” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan banjir dijangka pulih, hari ini, berikutan cuaca agak baik pada pagi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X