Jumaat, 13 Disember 2019 | 9:22pm
Rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan runtuh di Pujut, petang tadi. - NSTP/Ihsan pembaca

Rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo runtuh

MIRI: Rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan di Pujut, di sini, runtuh petang tadi.

Difahamkan, dua pekerja mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai tahap kecederaan dua pekerja terbabit, setakat ini.

Rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan runtuh di Pujut, petang tadi. - NSTP/Ihsan pembaca

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, bomba tidak dimaklumkan mengenainya.

Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH).

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya.

Berita Harian X