Rabu, 25 Disember 2019 | 5:23pm

Maut terbabas ketika berkonvoi

LIPIS: Seorang lelaki yang menyertai konvoi motosikal maut selepas motosikalnya jenis Yamaha Y15ZR terbabas di Kilometer 05 Jalan Sg. Koyan - Raub dalam kejadian jam 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Zulkarnain Ariffin, 30, beralamat diTaman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian berlaku semasa mangsa bersama rakan-rakan berkonvoi motodikal. dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya di laluan berselekoh lalu melanggar tiang elektrik.

“Berikutan itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, beberapa rakan konvoi diarahkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis dirakam keterangan.

Berita Harian X