Jumaat, 17 Januari 2020 | 4:07pm
POLIS sedang mengesan seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan kes rogol dipercayai berlaku di tingkat tiga tempat parkir kereta sebuah kondominium di Sentul, di sini, pada 16 Ogos 2016.

Polis buru suspek kes rogol

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan kes rogol dipercayai berlaku di tingkat tiga tempat parkir kereta sebuah kondominium di Sentul, di sini, pada 16 Ogos 2016.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempucnyai maklumat berkaitan boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

"Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Seksual/Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK), Deputi Superintendan Suraini Hussain di talian 017-5895353/03-21460686 atau Penolong Pegawai Penyiasat Kes Bahagian D11, IPK Kuala Lumpur, Sarjan Al Malik Faisa Daud (013-3444180)," katanya.

Berita Harian X