Sabtu, 18 Januari 2020 | 11:00am

Operasi SAR diteruskan pagi ini

DUNGUN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan diteruskan lagi pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata seramai 55 anggota polis termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA dan penduduk kampung terbabit dalam pencarian itu.

Menurutnya, keadaan ombak yang tenang pada hari ini membolehkan pasukan SAR menggunakan dua bot untuk pencarian di tengah laut.

“Petang semalam, keadaan ombak besar membantutkan usaha pencarian di laut namun kita tidak hentikan usaha mencari mangsa.

“Pasukan SAR bergilir-gilir melakukan rondaan di kawasan pesisir pantai membabitkan jarak pencarian sekitar tiga kilometer,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Baharudin berkata, keluarga kesemua mangsa yang dimaklumkan sudah tiba di tempat kejadian untuk mengikuti perkembangan operasi pencarian.

“Kita berdoa supaya kesemua mangsa ditemui dengan secepat mungkin,“ katanya.

Baharudin berkata, pihaknya juga memaklumkan kejadian ini kepada Persatuan Nelayan Kawasan Dungun untuk meminta bantuan.

”Kita meminta kepada semua nelayan yang menemui objek terapung di laut supaya menghubungi pihak berkuasa dengan segera,“ katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, Mohamad Zul Fahmi Zuki, 21, Mohamad Amir, 21, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, dikhuatiri lemas selepas dipukul ombak besar.

Dua lagi rakan mereka, Muhamad Irfan Kamaruzaman, 21, dan Hazman Zamili, 21, terselamat dalam insiden itu.

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan diteruskan lagi pagi ini. - Foto Imran Makhzan

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X