Ahad, 19 Januari 2020 | 1:22pm
Mayat Muhammad Ikhwan ditemui kira-kira 8km dari Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, jam 11.35 pagi tadi. - NSTP/Rosli Ilham
Mayat Muhammad Ikhwan ditemui kira-kira 8km dari Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, jam 11.35 pagi tadi. - NSTP/Rosli Ilham

Mayat mangsa kedua ditemui

DUNGUN: Mayat seorang lagi daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara, Jumaat lalu, ditemui di sini, pagi ini.

Mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ditemui, kira-kira 8 kilometer (km) dari Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan, jam 11.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan berhubung dengan penemuan mayat terbabit.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung sebelum dibawa menaiki bot penyelamat dan dibawa naik di pengkalan nelayan Kampung Seberang Pintasan.

“Jenazah kemudiannya dibawa anggota polis ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum itu, mayat Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, Kira-kira jam 7.30 pagi.

Mayat Zul Fahmi yang siap dikafan dan dimandikan di Bilik Forensik Hospital Dungun sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan ke Tanah Perkuburan Islam, Geliga Kemaman.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X