Isnin, 20 Januari 2020 | 10:26pm

Pengarah jabatan kerajaan didakwa bersama anak esok - SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah jabatan kerajaan peringkat negeri bakal didakwa bersama anaknya di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang esok, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang, Mohd Saidi Midin dan anaknya, Mohd Al-Azhim Mohd Saidi akan berdepan satu pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan mengenai pertuduhan yang bakal dihadapi dan maklumat selanjutnya akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

Berita Harian X