Khamis, 13 Februari 2020 | 10:29pm
Parang yang dibaling ke arah kereta milik peguam di kawasan parkir Mahkamah Jalan Duta, di Kuala Lumpur, hari ini.
Parang yang dibaling ke arah kereta milik peguam di kawasan parkir Mahkamah Jalan Duta, di Kuala Lumpur, hari ini.

Polis buru lelaki baling parang ke kereta peguam

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikatakan membaling parang ke cermin kereta seorang peguam di kawasan parkir Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata ketika kejadian jam 7.55 pagi, peguam itu sedang mengambil barang dari but keretanya.

“Peguam terbabit terdengar bunyi hentaman pada kereta sebelum pemeriksaan mendapati terdapat sebilah parang di atas cermin keretanya.

“Suspek yang menunggang sebuah motosikal bersama seorang lelaki kemudian dilihat menendang seorang lagi peguam yang sedang berjalan menuju ke mahkamah, sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Shanmugamoorthy berkata, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X