Jumaat, 14 Februari 2020 | 10:29pm
Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. - Foto BERNAMA

Suasana di luar tapak pembinaan kejadian bangunan kondominium 37 tingkat runtuh di Taman Desa. - NSTP/Aswadi Alias

Runtuhan di Taman Desa: Mangsa kedua dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Mangsa kedua yang terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di Taman Desa, di sini, sejak jam 3.40 petang tadi dikeluarkan pada jam 9.40 malam tadi.

Mangsa yang juga warga Bangladesh dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, mangsa bersama seorang lagi rakan senegaranya dilaporkan terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam, dilaporkan runtuh ketika hujan lebat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, berkata pihaknya perlu menjalankan usaha menyelamatkan mangsa secara berhati-hati selepas dia dilaporkan terperangkap dengan objek berat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi. - Foto BERNAMA
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi. - Foto BERNAMA

Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. - Foto BERNAMA
Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. - Foto BERNAMA

Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. - Foto BERNAMA
Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. - Foto BERNAMA

Susulan kejayaan menyelamatkan mangsa kedua itu, Jabatan Bomba Penyelamat Kuala Lumpur dan Polis Daerah Brickfields serta dibantu agensi keselamatan lain menghentikan operasi menyelamat.

Berdasarkan fakta jumlah pekerja yang berada di lokasi kejadian, hanya dua mangsa yang dilaporkan terperangkap.

Berita berkaitan:

• Kondo dalam pembinaan runtuh - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655638/kondo-dalam-pembina...

• Seorang pekerja binaan masih terperangkap - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655703/seorang-pekerja-bin...

• Bomba, JKKP akan nilai tahap keselamatan bangunan di Taman Desa - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655712/bomba-jkkp-akan-nil...

• Runtuhan di Taman Desa: Mangsa kedua dikeluarkan - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655736/runtuhan-di-taman-d...

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X