Rabu, 26 Februari 2020 | 10:59pm

Artis didakwa terbabit video lucah buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Seorang artis membuat laporan polis menafikan dakwaan terbabit dalam video lucah seks sejenis yang tular di media sosial.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Ara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya masih menyiasat kes itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk memanggil saksi bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, pengadu tidak membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana pihak berhubung isu berbangkit.

"Artis itu menafikan terbabit dalam aksi lucah itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sebelum ini, video lucah yang dikatakan mirip dengan seorang artis tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X