Isnin, 2 March 2020 | 5:36pm
Sebuah lori tangki membawa muatan asid sulfurik terbabas dan terbalik dalam kejadian di susur keluar Jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan, hari ini. - Foto ihsan Bomba
Sebuah lori tangki membawa muatan asid sulfurik terbabas dan terbalik dalam kejadian di susur keluar Jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan, hari ini. - Foto ihsan Bomba

Lori bawa asid sulfurik terbalik

TELUK INTAN: Sebuah lori tangki membawa muatan asid sulfurik terbabas dan terbalik di susur keluar Jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan, hari ini.

Lori bermuatan 25 tan metrik itu terbalik di bahu jalan dan dipercayai berlaku tumpahan bahan kimia yang dibawa.

Bagaimanapun, dua mangsa iaitu pemandu dan kelindan hanya cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.20 pagi.

“Anggota mendapati kemalangan membabitkan lori tangki dengan muatan asid sulfurik dengan kelikatan 98 peratus yang dalam perjalanan dari Sitiawan menghala ke Teluk Intan terbalik di bahu jalan.

“Terdapat dua mangsa lelaki iaitu pemandu dan kelindan namun mereka hanya mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan oleh pihak perubatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi turut mendapat bantuan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Pasir Puteh, Ipoh dan jentera tangki air Hutan Melintang.

“Ketika ini operasi pengalihan kenderaan berat berkenaan dan pemantauan di lokasi sedang dijalankan dengan diketuai Mohd Azroisan Wahab,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X