Sabtu, 4 April 2020 | 6:06pm
Dua pisau dan satu gunting yang digunakan sebagai senjata dalam insiden berkenaan turut dirampas. FOTO/gambar hiasan
Dua pisau dan satu gunting yang digunakan sebagai senjata dalam insiden berkenaan turut dirampas. FOTO/gambar hiasan

8 lelaki Nepal dicekup terbabit pergaduhan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki warga Nepal disyaki terbabit dalam pengaduhan mengakibatkan seorang individu cedera parah di Mentari Court, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata dalam kejadian pada jam 9.20 malam itu, polis mendapati mangsa yang berusia 38 tahun adalah rakan kepada semua suspek berkenaan berusia antara 24 hingga 33 tahun.

“Kesemua tahanan itu juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika pergaduhan berlaku.

“Dua pisau dan satu gunting yang digunakan sebagai senjata dalam insiden berkenaan turut dirampas.

“Mangsa yang cedera parah kini ditempatkan di hospital untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kes berasingan, Nik Ezanee berkata, pihaknya menangkap sembilan orang termasuk tiga warga Indonesia hasil serbuan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, pada hari yang sama.

“Menerusi Ops Dadu pada jam 8.50 malam, kita serbu premis itu kerana dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

“Kita tahan dua wanita warga Indonesia yang juga penjaga premis dan tujuh pelanggan iaitu enam lelaki tempatan serta seorang wanita Indonesia bagi membantu siasatan,” katanya.

Berita Harian X