Rabu, 6 Mei 2020 | 9:38pm
KUALA LUMPUR, 28 April -- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal pada sidang media berhubung kejayaan pihak polis menumpaskan beberapa kes samun, pecah rumah, pelacuran dan perjudian dalam talian di sekitar daerah ini di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, hari ini.-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

5 wanita warga asing ditahan terbabit pelacuran

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima wanita warga asing disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sebuah premis di Dataran Sunway, dekat Kota Damansara di Petaling Jaya, semalam.

Lima wanita berusia antara 30 hingga 42 tahun itu ditahan susulan serbuan sempena Ops Noda digerakkan polis dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dipercayai penjaga kaunter premis itu, bagi membantu siasatan.

"Polis merampas pelbagai barangan termasuk tujuh tuala, lima botol minyak urut, sejumlah mata wang asing dan 75 paket kondom sebagai bahan bukti siasatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melihat pembabitan suspek dalam aktiviti pelacuran di sekitar kawasan Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, selain Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Berita Harian X