Selasa, 2 Jun 2020 | 8:12am

Warga emas rentung dalam kebakaran

TUMPAT: Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Lama Wakaf Bharu, di sini pagi tadi.

Mangsa, Zainab Abdul Rahman, 76, ditemui anggota bomba di bilik tidurnya selepas dipercayai mangsa masuk semula ke dalam rumah kerana ingin mengambil barang.

Kejadian itu disedari jam 4.30 pagi apabila seorang cucu mangsa mengetuk pintu rumahnya sambil menjerit memberitahu rumah mereka terbakar.

Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Kanan Bomba II, Syobirin Abd Kadir mengesahkan mayat mangsa ditemui jam 5.50 pagi dalam bilik tidurnya.

Warga emas, Zainab Abdul Rahman, 76, ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Lama Wakaf Baharu.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Warga emas, Zainab Abdul Rahman, 76, ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Lama Wakaf Baharu.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Berita Harian X