Isnin, 26 Januari 2015 | 5:52pm
KENYATAAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam BH Ahad semalam.
KENYATAAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam BH Ahad semalam.

GAGASAN bantah rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah

KUALA TERENGGANU: Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) terkejut dengan cadangan untuk menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata ia perlu dikaji semula dengan teliti dan lebih menyeluruh sebelum dilaksanakan di Malaysia.

"GAGASAN terkejut dengan kenyataan berkenaan. Kami tidak boleh terima alasan hukuman perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai penggubalan akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-kanak 2001 yang turut mensabit kesalahan merotan anak yang akan dibentang di Dewan Rakyat dan kini pada peringkat akhir untuk diperhalusi Jabatan Peguam Negara.

Rohani turut dilapor sebagai berkata walaupun merotan anak adalah sebahagian budaya masyarakat tempatan, namun Perjanjian CRC yang memandang serius perkara itu perlu dipatuhi.

Syed Anuar mahu perkara itu turut dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

- BERNAMA

Berita Harian X