Khamis, 17 September 2015 | 10:54am

IPU Kuching, Samarahan melepasi paras sangat tidak sihat, sekolah tutup

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya, Senator Liew Chin Tong (kanan) merasmikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ‛19) di Wisma Perwira, Kuala Lumpur. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif EN Projects, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Sabri Adam (kiri). - Foto Asyraf Hamzah

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching sudah mencecah 204 melepasi paras sangat tidak sihat, diikuti Samarahan (200) sehingga jam 9 pagi tadi.

Berikutan perkembangan terbaru itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu mengarahkan semua sekolah di kedua-dua bahagian ini ditutup serta merta sebagai langkah keselamatan.

Pada masa yang sama, operasi pembenihan awan akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Air Kuching.

Sementara itu, empat lagi bahagian di negeri ini mula merekodkan peningkatan bacaan IPU iaitu Sibu (106), Sarikei (103), Sri Aman (128) dan Kapit (137).

Orang ramai di kawasan terjejas terbabit dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar dan menggunakan topeng.

Difahamkan, peningkatan mendadak bacaan IPU di beberapa kawasan di negeri ini berpunca dari peningkatan jumlah titik panas di Wilayah Kalimantan, Indonesia akibat kebakaran hutan dan aktiviti pembakaran terbuka.

Ia juga dipercayai berpunca dari peralihan arah angin dari wilayah berjiran itu ke negeri ini.

Berita Harian X