Khamis, 29 Oktober 2015 | 9:39am

Pfizer, Allergan mungkin bergabung

NEW YORK: Pfizer Inc dan Allergan Plc, dua pengeluar ubat-ubatan dan produk farmaseutikal sedang mempertimbangkan rancangan untuk bergabung, lapor The Wall Street Journal.

Pfizer baru-baru ini dikatakan membuat tawaran kepada Allergan berhubung rancangan penggabungan mega itu. Rancangan itu bagaimanapun masih di peringkat awal setakat ini, kata sumber rapat dengan janji niaga itu.

Pfizer dan Allergan setakat ini tidak mahu mengulas berhubung laporan itu.

Allergan yang berpangkalan di Dublin dengan produk utama termasuk Botox, ketika ini mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$112.5 bilion (RM478 bilion).

Jika rancangan itu itu diteruskan, ia akan menjadi pengambilalihan terbesar tahun ini yang penuh dengan pelbagai siri penggabungan dan pengambilalihan korporat.

Pfizer dengan beberapa produk utama termasuk viagra dan berpangkalan di New York, mempunyai permodalan pasaran AS$216 bilion (RM921 bilion). - Agensi

Berita Harian X