Jumaat, 12 Februari 2016 | 11:50am

Gempa bumi lemah 2.1 magnitud landa Ranau

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.1 magnitud berlaku di Ranau, Sabah pada 9.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan, menyatakan pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur, 11 kilometer ke utara Ranau.

Jabatan itu kini memantau perkembangan kejadian itu. - BERNAMA

Berita Harian X