Selasa, 25 Julai 2017 | 12:18pm

Selangor tertinggi kes buang bayi

KUALA LUMPUR: Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan Selangor mencatat jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu 157 kes antara 2010 hingga 2016.

Ia diikuti Sabah dan Johor dengan masing-masing mencatat 84 kes , Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).


Menteri Pembngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. - Foto NSTP/KHAIRULL AZRY BIDIN

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata Selangor turut merekodkan jumlah tertinggi dengan 29 kes membabitkan bayi ditinggalkan di Baby Hatch dalam tempoh tujuh tahun lalu.

"Sebanyak 35 kes dicatat antara 2010 hingga 2016. Selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan dua kes manakala Perak dan Pahang mempunyai satu kes.

"Bagi bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch, kementerian bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan dan pengurusan anak yatim Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada bayi yang tidak dikehendaki.

"Ada lapan hospital dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan Baby Hatch setakat ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) berhubung jumlah kes pembuangan bayi sejak 2010 dan cara kerajaan menentukan kewarganegaraan bayi berkenaan.

Berita Harian X