Isnin, 31 Julai 2017 | 7:23pm

Kementerian Kewangan tandatangani IBR

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha memastikan warga kerjanya melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti serta menjauhi amalan rasuah.

Seramai 17 pegawai pengurusan tertinggi kementerian menandatangani ikrar itu di sini, diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Seri Dr Mohd Isa Hussain (kiri) serta pegawai pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan melafazkan ikrar ketika majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat kementerian kewangan di Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah SPRM, Datuk Shamshun Bahain Mohd Jamil (kanan). - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Upacara menandatangani dan bacaan ikrar disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Mohd Irwan berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mengingatkan warga Kementerian Kewangan supaya menolak sebarang bentuk pemberian rasuah dalam melaksanakan tugas seharian.

"Jika ada apa-apa cubaan memberi rasuah, kita laporkan terus kepada SPRM.

"Ini menjadi tanggungjawab setiap pegawai dan kakitangan, bukan saja di Kementerian Kewangan tetapi seluruh sektor awam supaya telus dan berkhidmat dengan penuh integriti," katanya.

Hingga kini, lebih 400 agensi kerajaan, swasta, badan berkanun, universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menandatangani IBR dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X