Jumaat, 17 Julai 2015 | 2:40pm
KEADAAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Slim River menghala ke utara yang sesak berikutan warga kota masih meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman di hari raya pertama. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
KEADAAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Slim River menghala ke utara yang sesak berikutan warga kota masih meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman di hari raya pertama. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Trafik meningkat di PLUS

 

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat di beberapa tempat setakat 12.30 tengah hari, namun masih terkawal.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi Bernama melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Putra Mahkota ke Nilai, Plaza Skudai ke Johor dan Slim River ke Sungai.

"Sebuah kenderaan pacuan empat roda rosak di Km284.1 arah selatan dari Putra Mahkota ke Nilai. Kenderaan berkenaan telah dialih, namun trafik masih perlahan," katanya di sini, hari ini.

Katanya, trafik perlahan di Plaza Skudai ke Johor disebabkan penambahan kereta, tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik di Pantai Timur dilaporkan mula perlahan dari Karak berdekatan Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- BERNAMA

Berita Harian X