Rabu, 16 Ogos 2017 | 12:50pm
 Mahfar (dua dari kiri) menerima sumbangan daripada Aeron (tengah) untuk Wakaf BH Bengkel Pendidikan, Buku dan FullAMark di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam, sambil diperhatikan dari kiri Badrulhisham, Ahmad Zaini dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar. - Foto Surianie Mohd Hanif
Mahfar (dua dari kiri) menerima sumbangan daripada Aeron (tengah) untuk Wakaf BH Bengkel Pendidikan, Buku dan FullAMark di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam, sambil diperhatikan dari kiri Badrulhisham, Ahmad Zaini dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar. - Foto Surianie Mohd Hanif

Wakaf BH terima penajaan Forest City

Kuala Lumpur: Berita Harian (BH) menerima penajaan program pendidikan dari Forest City bagi lima sekolah angkat di Gelang Patah, Johor.

Penajaan itu merangkumi pembinaan lima buah gazebo Wakaf BH di SK Morni Pok, SK Tanjung Adang, SK Pedas Laut, SK Tiram Duku dan SK Tanjung Kupang.

Ketua Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali, berkata wakaf ini dibina bersempena dengan ulang tahun ke-60 akhbar berkenaan.

"Wakaf ini dibina untuk  dijadikan tempat bagi pelajar sekolah mengulang kaji pelajaran, membaca dan berehat," katanya.

Sementara itu, Forest City menerusi syarikat Country Garden Pacific View Sdn Bhd menaja 6,000 sisipan Didik, 6,000 sisipan School Times, 120 buah buku Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selain 600 kad FullAMark untuk mengakses online portalnya.

Yang turut ditaja ialah Seminar UPSR BH Didik pada 18 dan 19 Ogos dan akhbar New Straits Times (NST) untuk bengkel UPSR pada 26 Ogos ini.

Anjur seminar bimbingan
pemeriksaan

Ketua Komunikasi Korporat Forest City, Aeron Munajat berkata, sumbangan ini diberikan sebagai tanda kerjasama dengan BH menerusi pelbagai aktiviti, termasuk penganjuran seminar bimbingan peperiksaan yang dapat dilihat memberi manfaat besar kepada peserta.

"Keberkesanan seminar yang dianjurkan BH menarik minat kami bekerjasama dan kedua-dua pihak mempunyai tujuan sama iaitu untuk membantu memperkasakan pendidikan di negara ini.

"Saya berharap sumbangan ini dapat membantu pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR selain  memastikan pendidikan anak bangsa dapat diteruskan pada peringkat lebih tinggi," katanya. 

Yang turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan adalah Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X