Khamis, 17 Ogos 2017 | 8:39pm

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya, berkuat kuasa 18 September depan.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) (Tadbir Urus/Kepolisan Am) Bukit Aman, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata Abdul Majid akan mengambil alih jawatan Senior Asisten Komisioner Azizi Mat Aris yang bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

"Penyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, JPJKK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khalil Ariffin akan mengambil alih jawatan Abdul Majid," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X