Rabu, 30 Ogos 2017 | 7:00pm
Foto sumber BERNAMA
Foto sumber BERNAMA

RON 95, 97 naik 1 sen, diesel naik 3 sen

 

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel naik bermula tengah malam ini.

Bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 September depan, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak satu sen.

RON95 naik kepada RM2.16 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.44 seliter.

Harga runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM2.04 seliter.

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Twitter rasminya, sebentar tadi.

Berita Harian X