Sabtu, 23 September 2017 | 4:35pm

Kabel putus, komuter Kuang-Rawang dihentikan

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara perkhidmatan komuter laluan Kuang-Rawang di kedua-dua arah berikutan kabel talian atas antara laluan itu putus, pagi tadi.

Jurucakap KTMB dalam satu kenyataan, berkata kejadian mengakibatkan perkhidmatan tren komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan.

Pada masa ini katanya, kerja-kerja membaik pulih di laluan terjejas sedang giat dijalankan dan penumpang dinasihatkan merancang perjalanan menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

"KTMB sedang menguruskan pemindahan penumpang ETS yang terkandas ketika dalam perjalanan.

"Perkhidmatan bas untuk pengguna tren komuter di antara laluan Sungai Buloh-Rawang disediakan manakala, perkhidmatan tren komuter di antara laluan Tanjung Malim-Serendah dan Pelabuhan Klang-Sungai Buloh adalah normal," katanya.

Katanya, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan KTMB memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari akaun Twitter KTMB di @ktm_berhad.

PERKHIDMATAN bas untuk pengguna tren komuter di antara laluan Sungai Buloh-Rawang disediakan.
PERKHIDMATAN bas untuk pengguna tren komuter di antara laluan Sungai Buloh-Rawang disediakan.
Orang ramai dibawa keluar dari ETS Kuala Lumpur ke Ipoh Di stesen KTM Kuang menaiki Bas ke stesen KTM Rawang berikutan terjadi kerosakan bekalan kuasa eletrik antara stesen KTM Sg Buloh ke stesen KTM Rawang pada pukul 4 petang. - Foto NSTP/Mahzir Mat Isa

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X